Jumaat, 17 Oktober 2008

MIMI SAKIT PERUT

Dia tidur meniarap...kakinya terkangkang dan tercelapak...biarkan perutnya menghampar lantai... Matanya penuh kesayuan...kekadang tampak agak juling.
Seharian dia tak senang duduk. Perutnya kembang-kempis... kelakuannya tidak lagi aktif. Abang risau...kakak bimbang...adik sedih... "Bapak, tengok Nursyamimi ni...
kita kena bawak dia pergi klinik, perut dia buncit sangat...lagipun dia mengadu sakit... tengok..bila kakak tekan je, dia cakap dia sakit...", kakak membuat laporan awal. "Bapak.. tengok mata mimi dah keluar selaput la... macam Oren kat rumah Tokwe pulak... kenapa macam ni, ha?" abang bertanya cemas.